Saya
kurang faham makna sebenar cinta, saya kurang jelas mengenainya. Namun
saya cuba mencari jawapan, saya cuba membuat kesimpulan berdasarkan
pengalaman sendiri. Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang
tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama
kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari
pengamatan saya, cinta itu sebenarnya adalah..
Amanah Dari Allah
Ya,
cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak
yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa
seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia
mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas.
Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu
memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama,
kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang
kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa cinta yang
diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang
terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi
jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.
Cinta
itu adalah amanah dan tanggungjawab! Apabila disebutkan sebagai
tanggungjawab, ia bermakna kita perlu memberi, namun tidak semestinya
menerima. Lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang
terbaik kepada mereka, sentiasa hadir ketika mereka memerlukan tanpa
mengharapkan sebarang balasan melainkan redha dari pemberi amanah
(Allah) semata-mata.
Keikhlasan Yang Menipu
Ada
pepatah menyatakan “Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu!”. Lalu
sesetengah orang yang cintanya tidak terbalas mula mempersoalkan qada
dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya seperti:
Ramai orang yang bercinta sentiasa mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya mereka sedang menipu diri sendiri! Apakah sebenarnya maksud ikhlas? Jika sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukan ikhlas.Kenapa cinta aku tidak terbalas?Apa salah aku?Apa kekurangan aku?Kenapa dia tidak menerima cinta aku?Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?
Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Tidak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta, tetapi apabila ditinggalkan mereka mula mengungkit, mula bercerita satu dunia bahawa keihklasan mereka dikhianati.
Aku ikhlas mencintaimu, namun apakah yang telah kau lakukan kepadaku?
Ayat-ayat
seperti ini mula diukirkan dalam hati mereka. Disebut-sebut dan
diulang-ulang supaya ramai orang bersimpati dengan mereka. Supaya ramai
orang merasakan dirinya benar dan orang yang menolak cintanya itu telah
melampau.
Cinta
itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui dan
mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa
yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun
buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita
ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah
semata-mata. Samada orang yang kita cintai itu menerimanya atau tidak
itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata.
Kaitan Cinta Dengan Amanah
Mari kita susuli kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:
Mungkin terdapat banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Namun
saya rasa cukuplah sekadar itu sahaja untuk kali ini. Mari sama-sama
kita menghayati makna sebenar cinta. Sesungguhnya cinta yang ditolak
bukanlah suatu penyiksaan dari manusia tetapi ujian dari Allah. Kita
perlu amanah dalam mencintai diri sendiri, usah biarlah diri hancur
dimusnahkan dengan cinta manusia yang bersifat sementara. InsyaAllah..
0 komentar:
Posting Komentar