Untukmu, Calon isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dirangkai oleh hati ini di dalam
kalbu. Aku mulai tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari
sebagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu
tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebagian agamanya. Acap
kali aku mendengar bahwa ungkapan "Kau tercipta untukku."
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya arti kalimah ini kerana
diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada
diriku, baru kini aku mengerti bahwa pada satu hari nanti, aku harus
mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk
diriku, iaitu dirimu. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizik,
spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku menginginkan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di
hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku
coba mempelajari eati dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas
ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku coba membataskan perbicaraanku
dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku
risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya
engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian
dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan
batin diriku ini.
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi
jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar
da'i. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan
Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana
perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat
bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah.
Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah
bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya
untuk seorang lelaki melainkan wanita."
Aku khuatir amalanku bukan sepenuhnya untuk Rabbku tetapi untuk
makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku
khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan
ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah
kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan
kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu
bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku
pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa
cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan
mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah
dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah
pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik."
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan
kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku
merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu
diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan
cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan
gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi
diri.
Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu.
Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku
bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian
diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan
alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah
delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan
akhlak seindah budi.
"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan
agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku
dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya
tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai
pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal
untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi
Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat
menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa,
ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari
dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian
agamaku.
Dariku, Calon suamimu.
0 komentar:
Posting Komentar